May 6, 2012

SKBA 2012 berjaya tarik minat bakal penuntut Mesir dan Jordan


Selangkah Ke Bumi Anbiya’ merupakan satu program berbentuk Pre-Departure yang menjadi program tahunan sekatariat Antarabangsa ISMA. Ia telah berjaya diadakan pada tahun ini bertempat di Kem Nur Bukit Unggul bertarikh 27-29 April 2012.

Program ini berobjektif untuk mengumpulkan seramai mungkin pelajar lepasan STAM dan SPM yang berhajat menyambung pengajian mereka ke Timur Tengah, khususnya Mesir dan Jordan. Selanjutnya SKBA memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai negara yang bakal mereka pergi khususnya tentang kursus-kursus yang di tawarkan, kos sara hidup, maklumat-maklumat umum mengenai Mesir dan Jordan dan banyak lagi.

Program ini telah berjaya menarik minat seramai 51 orang peserta yang hadir dari seluruh Negara. Sebahagian besar dari peserta merupakan bakal penuntut Universiti Al-Azhar, dan sebahagian lagi bakal menyambung pengajian ke Bumi Jordan. Secara keseluruhan, peserta amat berpuas hati dengan pengisian yang diberikan oleh setiap penceramah dan perkongsian dari setiap fasilitator.

Penceramah khas jemputan untuk Program SKBA ini ialah Ustaz Ahmad Fikri yang menerangkan dengan lengkap prosedur untuk memohon ke Universiti Islam Madinah, seterusnya Dr Syamil Salmi yang menghuraikan mengenai Bumi Jordan, dan Ustaz Salman Al-Farisi yang bercerita tentang bumi Mesir. Pada keesokan harinya, para peserta tidak melepaskan peluang bertanya pelbagai soalan kepada wakil Yayasan Sofa yang dijemput khas member penerangan tentang Imtihan Qabul di mana pada tahun ini seluruh pelajar wajib berdaftar dengan Yayasan Sofa.

Jawatan kuasa pelaksana SKBA tahun 2012 yang diketuai oleh Ustaz Rizal bin Sabran telah mengatur satu program reunion atau alumni ringkas bersama para asatizah yang telah lama kembali ke Malaysia. Acara BBQ telah menghiasi malam alumni tersebut, selain beramah mesra sesame mereka yang jarang bertemu, peserta tidak melepaskan peluang bertanya menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman dari para alumni Al-Azhar ini. Ustaz Abdul Halim bin Abdullah telah membuat satu sesi perkongsian khas bersama para peserta SKBA setelah tamat sesi BBQ.

Dengan bertemakan Panduan Hukama’, bekalan bakal Ulama’, SKBA melabuhkan tirainya pada hari Ahad, 29 April 2012 dengan perasmian penutup oleh Ustaz Mohammad bin Ismail. Dalam ucapan penutupnya, Ustaz Mohammad selaku JKP ISMA pusat, mengingatkan pelajar tentang kewajaran pelajar-pelajar tidak melepaskan peluang sebaiknya menuntut ilmu sebanyak mungkin dan mempersiapkan diri dengan roh islami ketika berada di bumi Anbiya’ samada Mesir mahupun Jordan.

Semoga para peserta berjaya dan dimudahkan urusan untuk menyambung pelajaran di Bumi Anbiya’. Barisan Jawatankuasa Pelaksana SKBA 2012 mendoakan semua pelajar berjaya dalam bidang dan cita- cita masing seterusnya bakal kembali ke Malaysia dan menyumbang untuk Islam dan umat tercinta. Semoga cita-cita yang murni mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t.

April 24, 2012

April 22, 2012

Mengapa anda akan rugi jika tidak hadir dalam SKBA 2012?

1. penampilan julung2 kali wakil dari yayasan sofa membuat penerangan mengenai Imtihan Qabul dn yg berkaitan dengannya.

2. kehadiran alumni ustaz/ustazah lepasan Mesir pd hari kedua program untuk beramah mesra dan berkongsi pengalaman.

3. hadiah misteri istimewa hanya kepada yang berdaftar sebelum hari Rabu, 24 April, jam 3 ptg..

4. input2 menarik tentang JORDAN, MESIR dan MADINAH.

Dan banyak lagi... hubungi segera pendaftaran kami...Ahmad Nawal (013-2023750)


Penyertaan hampir penuh!!! Cepat!!!

April 13, 2012

Profil Panel SKBA 2012


Panel 1
Panel 1: Ustaz Salman Al-Farisi Bin Selamat

Nama:         Salman Al-Farisi bin Selamat
Asal:            Petaling Jaya, Selangor
T.Lahir:        15 Feb 1985
Akademik: 
                    SPM Sains/Sastera 2004 (8A)
                    STAM 2005 10 Mumtaz (Anugerah Terbaik Negeri Perak)
                    B.A Hons Syariah Islamiah, Al-Azhar, Mesir 2010
Pekerjaan:    Pegawai Penyelidik di Ikatan Muslimin Malaysia, ISMA
Status:          Berkahwin, anak seorang

Ust Salman pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Presiden ISMA Mesir.




Panel 2
Panel 2: Ust Ahmad Fikri Bin Paudzi
Nama:           Ahmad Fikri Bin Mohd Paudzi
Asal:              Sungai Petani, Kedah
Status:           Berkahwin
Akademik:    
                      Diploma Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Darul Quran JAKIM, K.Kubu Bharu
                      Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Islam Madinah
Pekerjaan:     Eksekutif Syariah, Bank Muamalat Malaysia Berhad





Panel 3
Panel 3: Dr. Muhammad Syamil Bin Mohamad Salmi
Nama:        Muhammad Syamil Bin Mohamad Salmi
Asal:           Bandar Baru Bangi, Selangor
Akademik:  
                    SPM 2004 (14 A)
                    Kursus Bahasa Arab, Pusat Bahasa Arab Antarabangsa Sanaa, Yaman 2005
                    MBBS, Jordan Univesity of Science and Technology (JUST) 2011
Pekerjaan:   Pegawai Perubatan Siswazah, Hospital Kajang.
Status:         Berkahwin

Dr. Syamil pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi ISMA Jordan.

Detail Selangkah Ke Bumi Anbiya 2012

Salam semua pengunjung bumianbiya2u. Di sini admin akan sertakan beberapa detail berkenaan program pre-departure anjuran SEKTAR ISMA iaitu Selangkah Ke Bumi Anbiya 2012.




1. Tentatif SKBA 2012.
Jumaat(27 hb) April
02.30    Berkumpul dan pendaftaran.
04.45    Solat Asar  berjemaah
05.30    Minum Petang / aktiviti bebas   
07.20    Solat Maghrib / makan malam
08.45    Solat Isyak berjemaah
09.30    Pembukaan & Taklimat,
     Introduction to SKBA 12 Sesi Ta’aruf
11. 00   Kembara Mimpi

Sabtu(28 hb) April
04.45   Bangun  dan bersiap
05.00   Qiamullail
06.10   Solat subuh berjemaah
        Mathurat &  
08.30   majlis perasmian SELANGKAH KE BUMI ANBIYA'
09.15   Slot 1 (Perkongsian bumi JORDAN oleh Dr. Syamil Salmi)                          
10.30   Rehat dan minum pagi.
11.00   Slot 2 (perkongsian bumi Mesir oleh Ust. Salman Al-farisi selamat)
12.30   slot 3 (pekongsian uni Madinah oleh Ust Ahmad Fikry)
01.15   Solat Zohor & Makan tengahari
02.00   slot taklimat 
    1. penerangan dan pendedahan imtihan Qabul.
    2. penerangan dan taklimat pakej MUMTAZ iSMA.
04.00   acara padang.games(sesi bersama murabbi)
07.00   Khidmat diri
        Solat Maghrib, Ma’thurat dan tazkirah.
08.45   Solat Isyak berjemaah
09.15   Slot 3 
       (perkongsian pengalaman,BBQ)
11.00    Muhasabah
11.30    Kembara Mimpi

Ahad(29 hb) April
05.30    Bangun dan bersiap
05.50    Solat Subuh berjemaah & Mathurat
06.45    Berkemas
07.00    Sarapan pagi
08.00    Slot MUMTAZ, Majlis Penutup
         Imbas Program (slide show)
         Ucapan penutup (Pengarah program)
         Muhasabah
12.00    Bertolak pulang  




2. Senarai barang keperluan buat bakal peserta SKBA 2012.


1. Pakaian formal kemaja t-berkolar.(untuk sesi dewan secukupnya)
2. Pakaian sukan.
3. Kasut sukan.
4. Selimut dan sarung bantal.
5. Barang2 keperluan khidmat diri.
6. Al-Quran kecil.
7. Air Mineral (secukupnya)
8. Barang peribadi spt ubat2an, pakaian, dan lain2 secukupnya.
9. Buku nota, alatan2 menulis, secukupnya.

untuk akhwat, menutup aurat dan tidak ketat serta sopan secukupnya.
pakaian sukan dan kasut sukan juga perlu untuk akhwat. 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More